Friday, October 14, 2011

::TV - televisyen or television::

assalamualaikum wbt.

few days ni aku ada terbaca kisah TV ni. ok kalau ada yang xtau tv tu apa

               'televisyen adalan salah satu media komunikasi yang
               memancarkan dan menerima gambar bergerk,
               biasanya diiringi bunyi...."  ihsan :incik. wiki

ok kita bukan berada di kelas sejarah ke apa ye. jangan risau, aku pun xsuka nak membebel benda2 terlalu informative ni kan..huhu


ok kes dia macam ni.(siap ade numbering??! gasak korang.)

1- kes tv sekarang ynag terlalu banyak di sajikan cerita seram dan tahyul. kes bomoh2 la, kes hantu raya, hantu susu la...ok aku pun layan.xpayah hipokrit sangat la kan. but the things is, kadang2 ada jalan cerita yang sangat la xde relevan nya or cliche sangat.
   cth: kes laki bini dah kawin, laki kawin lain. bini jumpe bomoh nak tunduk kan laki.buat nasi kangkang, simpan tangkal, bela sumthing. then laki dia pun jadi baik, dengar cakap bini. tapi nanti bini sakit, bomoh dah mati/hilang, laki baru sedar kene guna2, bini pun mati kerana xboleh nak ubat.

dan sekarang pun filem hantu setiap bulan ada cerita baru aku rasa. dan semalam kecoh2 berita yang Tun M pun bangkang filem2 hantu ni banyak sangat d tayang kan. takut sesat kan orang.
as for me, kalau orang dewasa yang tengok fine, b'cos boleh beza kan mana yang elok dengan yang x kan. kalau budak2 xcukup umur ni, dah jadi penakut xtentu pasal. then nant sikit nak pecaya pada benda2 syirik2 ni. sebab dekat tv tunjuk kalau ada masalah g bomoh. tapi terpulang la pada masing punya kepercayaan kan.sapa lak aku nak larang.

ihsan incik google dr blog ni..pinjam ye

2- baru2 ni aku ada baca dekat facebook Wardina Safiyyah tanya sapa ada kenal orang yang hidup tanpa tv. die ank interview. aku tekejut jugak baca komen2 kat bawah tu since ramai rupanya rakyat malaysia yang xada tv. bukan sebab dierang xmampu, tapi sebab xnak educate anak2 obses dengan tv instead of buku or benda yang berfaedah.

sebab bagi aku sangat good sebenar nya bila parent boleh buat tindakan macam ni dekat rumah. sebab everything mula dari rumah. aku pun dari kecik membesar dengan tv, siap ada 2 lg dulu sebab selalu berebut..hehehe.bila budak2 tengok tv, especially parent yang kerja, xboleh la nak kawal kan. ok memg astro ada lock yang parent boleh buat utk certain channel yang nak hide dari budak2, tapi banyak kes kazen2 aku, anak2 dierang semua boleh guess pasword tu. so buta2 je parent pecaya anak2 dierang xboleh tenguk..huhu.

3- kita juga dah di lambak kan dengan cerita2 yang jalan cerita nya boleh di jangka dan sangat la cliche. macam kes cerita hantu tadi. sebab tu mama aku selalu cakap, 'alahai cite melayu, tengok 2 3 episod dh bole agak ending mcm mane'

tu pasal kat rumah aku, jarang layan cerita melayu.nant mama mesti bising..ntah ape2 die cakap. tapi selalu aku la yang jebak kan mama layan cerita2 melayu yang aku nak tengok.tapi memg boleh kira la kot yang aku betol2 folow.huhu...lagi excited untuk tunggu cerita CSI, NCIS, Numbers, Chuck, 24, Leverage etc. ok aku memg tepengaruh lebih dengan cerita2 penyiasatan mat salleh. xtau la kenapa. sebab bg aku walaupun dierang berlakon je, tapi cara dia sebut anme2 saintifik sesuatu tu akn bunyi sedap macam konfiden. dan fokus dierang memg pada siasat kes. sorry to say, banyak gak cerita2 penyiasatan kat malaysia lebih pada cinta la, then nant rebut pangkat la...last2 yang di siasat sikit je..haihhh


4- sekrang ni dah semua orang berebut nak beli tv HD la, Plasma la, 4D la, LCD..then siaran berbayar macam Astro lak memang offer macam2 la kan. segala pakej pun ada. tapi harga pun xingat punya naik mendadak. orang semua bising2 astro anik harga. tapi aku rasa mostly semua rumah kat lorong umah aku ade kuali tu kat bumbung rumah. rumah sewa student dengan foreigner je yang xde kuali. kalo bising, terminate je la. tetap gak ko tengok.

sebab ade pakcik sebelah Rumah aku, memula dia nak pasang astro masa baru pindah. tapi last2 xjadi. die cakap 'xpe la, dok rumah pun berapa jam je.siang keje, anak sekolah. balik dah malam. so xpayah la bayar mahal2, tengok nya berapa jam je sehari, channel yg free pun xhabis tengok'...

kuali ni xbole pakai even kilat..hahahha
5- bagi aku nak didik budak2 sekarang memang susah la. sebab everything d hujung jari kan. taip je kat google tu semua keluar. aku cakap bukan sebab aku, zaman aku dulu, betuah kalau mama bagi tengok tv sampai pukul 11 12 malam. kalau hari sekolah, kol 9 ke paling lambat 10 dah tidur. sebab mama cakap, kalau xcukup tidur nant belajar xfokus. ok percaya dengan itu. cume bila masuk U, memang selalu xcukup tidur la kan..assignment macam xpernah habis selagi belum cuti sem. hehehe

tv dah ajar macam2. dah parent lak berebut nak bagi anak yg kecik2 lagi masuk tv. ye memg bagu kerana mereka belaja earning own salary. tapi tugas budak kecil especially yang below 18 adalah belajar. siap kan ilmu sebelum bekerja or masuk U. ok kes lain kalau yang kerja sebab parent xmampu, ni yang telebih mampu, tapi nak kejar glamor. haihhhh..xpaham la...kesian anak2 korang tu nant. ok aku xnak cakap lebih2, aku pun blm kawin xde anak, kot2 anak aku sok2 kuar tv ke jadi retis ke, mau kene delete post n..hahahaha..mintak2 dierang keje biasa2 je...
sorry akalu ada yang terasa..ni kan tempat aku membebel...bukan tempat ko..hahahaha

so tu je la pasal tv ni..eh dah macam terpesong pun ada kan..hahaha...ada pro n cons nya la. ada yang boleh membantu, tapi banyak juga yang boleh melalaikan kalau tak di kawal dari kecil..sekian :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...